Oleh: Aditya
Pada zaman dahulu ada seorang
yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf
tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita
itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih
hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar
ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi
Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau,
dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Wanita itu menjawab, "Pada
suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku
mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu,
dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar
berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana
ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah
kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan
disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah
melihat darah memancur keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan
oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan
dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku
merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut
dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.
Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah
lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal
sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya,
"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu
?"
Wanita itu menjawab, "Tiada
seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia
menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan
terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti
yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu
cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh
agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah
dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w
bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi
hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia
sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan
ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w
bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda
kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab
orang."
Dan sabdanya pula, "
Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia
mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api
neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai
hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar