KISAH SEORANG
KRISTIAN MASUK ISLAM
BERKAT MEMULIAKAN ASYURA'
Alkisah disebutkan bahwa di kota
Array terdapat Qadhi yang kaya-raya. Suatu hari kebetulan hari Asyura'
datanglah seorang miskin meminta sedekah. Berkatalah si miskin tadi,
"Wahai tuan Qadhi, adalah saya seorang miskin yang mempunyai tanggungan
keluarga. Demi kehormatan dan kemuliaan hari ini, saya meminta pertolongan
daripada tuan, maka berilah saya sedekah sekadarnya berupa sepuluh keping roti,
lima potong daging dan duit dua dirham." Qadhi menjawab, "Datanglah
selepas waktu zohor!"
Selepas sembahyang zohor orang
miskin itu pun datang demi memenuhi janjinya. Sayangnya si Qadhi kaya itu tidak
menepati janjinya dan menyuruh si miskin datang lagi selepas sembahyang Ashar.
Apabila dia datang selepas waktu yang dijanjikan untuk kali keduanya itu,
ternyata si Qadhi tidak memberikan apa-apa. Maka beredarlah simiskin dari rumah
si Qadhi dengan penuh kecewa. Di waktu si miskin jalan mencari-cari, ia
melintas di depan seorang kristian sedang duduk-duduk di hadapan rumahnya.
Kepada orang Kristian itu si miskin minta sedekah, "Tuan, demi keagungan
dan kebesaran hari ini berilah saya sedekah untuk menyara keluarga saya."
Si Kristian bertanya, "Hari
apakah hari ini?" "Hari ini hari Asyura", kata si miskin, sambil
menerangkan keutamaan dan kisah-kisah hari Asyura'. Rupanya orang Kristian itu
sangat tertarik mendengar cerita si peminta sedekah dan hatinya berkenan untuk
memberi sedekah. Berkata si Kristian, "Katakan apa hajatmu padaku!" Berkata
si peminta sedekah, "Saya memerlukan sepuluh keping roti, lima ketul
daging dan uang dua dirham saja." Dengan segera ia memberi si peminta
sedekah semua keperluan yang dimintanya. Si peminta sedekah pun balik dengan
gembira kepada keluarganya. Adapun Qadhi yang kedekut telah bermimpi di dalam
tidurnya.
"Angkat kepalamu!" kata
suara dalam mimpinya. Sebaik saja ia mengangkat kepala, tiba-tiba tersergam di
hadapan matanya dua buah bangunan yang cantik. Sebuah bangunan diperbuat dari
batu-bata bersalut emas dan sebuah lagi diperbuat daripada yaqut yang
berkilau-kilauan warnanya. Ia bertanya, "Ya Tuhan, untuk siapa bangunan
yang sangat cantik ini?" Terdengar jawapan, "Semua bangunan ini
adalah untuk kamu andaikan saja kamu mau memenuhi hajat si peminta sedekah itu.
Kini bangunan itu dimiliki oleh seorang Kristian."
Apabila Qadhi bangun dari
tidurnya, iapun pergi kepada Kristian yang dimaksudkan dalam mimpinya. Qadhi
bertanya kepada si Kristian, "Amal apakah gerangan yang kau buat semalam
hingga kau dapat pahala dua buah bangunan yang sangat cantik?" Orang
Kristian itu pun menceritakan tentang amal yang diperbuatnya bahwa ia telah
bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukannya pada hari Asyura' itu.
Kata Qadhi, "Juallah amal
itu kepadaku dengan harga seratus ribu dirham."
Kata si Kristian,
"Ketahuilah wahai Qadhi, sesungguhnya amal baik yang diterima oleh Allah
tidak dapat diperjual-belikan sekalipun dengan harga bumi serta seisinya."
Kata Qadhi, "Mengapa anda
begitu kedekut, sedangkan anda bukan seorang Islam?"
Ketika itu juga orang Kristian
itu membuang tanda salibnya dan mengucapkan dua kalimah syahadat serta mengakui
kebenaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Copy By : Mei Noor Prijadi, Ds
Wates Kec. Gadingrejo Tanggamus
(0828-804.91277)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar